BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BUAH GOMAK

BUAH GOMAK




Bahan-bahan:-

Untuk tepung kacang hijau:
1) 500 gram kacang hijau

Untuk inti:
1) 1 biji kelapa parut
2) 1 keping gula melaka
(hancurkan)
3) 200 gram gula merah
4) ½ cawan air

Untuk doh:
1) 1 bungkus tepung pulut
2) 2 cawan tepung kacang hijau
3) Air secukupnya

Cara -cara:

Untuk tepung kacang hijau:

1) Kacang hijau dibuang kulit, dibasuh dan ditoskan.
2) Goreng tanpa minyak sehingga kemerahan.
3) Sejukkan dan mesin sehingga halus. Kemudian diayak.

Untuk inti:

1) Didihkan air, masukkan gula merah dan gula melaka. Kacau hingga gula larut.
2) Masukkan kelapa parut, kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Untuk buat buah gomak:
1) Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Masak
sebentar di atas api.
2) Ambil sejemput tepung pulut tadi dan leperkan. Letakkan inti ditengahtengahnya.
Tutup dan leperkan semula. Buat sehingga habis.
3) Sementara itu panaskan air kukusan
4) Kukus adunan tadi sehingga masak. Angkat dan salut dengan tepung kacang
hijau.

Contoh-contoh:-

Tepung Gomak

No comments:

Post a Comment