BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

LEPAT JAGUNG


LEPAT JAGUNG

Bahan-bahan:-
1) 1 cawan tepung beras
2) ½ cawan tepung jagung
3) ½ cawan tepung gandum
4) ½ cawan gula
5) 3 cawan santan
6) 2 tongkol jagung dihiris
7) 1 sudu teh garam
8) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara:
1) Gaul sebati semua bahan kecuali jagung dan daun pisang. Tapiskan.
2) Masukkan jagung dan kacau rata.
3) Masakkan adunan sehingga kental.
4) Panaskan kukusan.
5) Ambil sekeping daun pisang, letakkan 2 sudu adunan jagung ditengahtengahnya
secara
memanjang. Balut adunan itu dengan lipat keduadua
hujung daun itu ke bawah supaya
menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
6) Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

LEMPENG PISANG


LEMPENG PISANG

Bahan-bahan:-
1) 2 sisir pisang berangan masak (lecek)
2) 1 cawan tepung gandum
3) ½ cawan gula
4) ½ biji kelapa parut (ambil yg putih sahaja)
5) ½ sudu teh garam
6) Daun pisang secukupnya

Cara :
1) Masukkan tepung dan gula ke dalam pisang yang telah dilecek dan gaul rata.
2) Kaut 1 senduk adunan pisang dan ratakan di atas daun pisang. Jgn terlalu tebal.
3) Taburkan kelapa ke atas adunan pisang tadi dan lipat dua daun pisang.
4) Bakar di atas kuali leper (pan) sehingga separa masak dan balikkan. Bakar hingga masa

LEMPENG COKLAT


LEMPENG COKLAT

Bahan-bahan:-
1) 3 biji telur
2) 1 sudu makan gula kastor atau gula perang
3) 1 gelas susu segar
4) 1 cawan tepung naik sendiri
5) 1 sudu makan serbuk koko
6) 2 sudu makan mentega cair
7) Madu (untuk cicah)

Cara :
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2) Masukkan susu dan tepung berselang seli.
3) Masukkan mentega cair dan gaulkan rata dan sebati.
4) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata minyak masak/mentega
5) Tuang sebahagian adunan tadi ke atas kuali. Balikkan apabila satu bahagian separa
masak. Angkat setelah masak. Buat hingga habis.
6) Hidangkan bersama madu.

KUIH SAGU


KUIH SAGU

Bahan-bahan:-
1) ½ gelas sagu biji (bilas bersih)
2) 3 gelas air
3) 6 sudu makan gula
4) ½ sudu teh pewarna merah / hijau
5) 1 helai daun pandan
6) ½ biji kelapa parut muda (putih sahaja)
7) ½ sudu teh sedikit garam

Cara :
1) Masukkan gua, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan
mendidih.
2) Keluarkan daun pandan. Masukkan pewarna dan sagu biji. Kacau hingga sagu kembang.
3) Angkat dan masukkan ke dalam loyng. Biarkan sejuk.
4) Potong dan gaul dengan kelapa parut.

KUIH LAPIS KELADI



KUIH LAPIS KELADI


BahanBahan:

1) 1 ½ cawan tepung gandum
2) 2 sudu makan tepung beras
3) 2 sudu makan tepung jagung
4) ¾ cawan gula
5) 3 cawan santan
6) 1 sudu teh garam


Untuk lapisan A :

1) ½ cawan air
2) 1 sudu makan pes keladi
3) pewarna ungu
Untuk lapisan B:
1) ½ cawan keladi parut
2) ½ cawan air


Cara:

1) Panaskan kukusan.
2) Kisar semua bahan kecuali bahan untuk lapisan dan tapis.
3) Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4) Masukkan bahan A dalam bahagian 1.
5) Masukkan bahan B dalam bahagian 2.
6) Sapu rata loyang dengan minyak.
7) Masukkan 1 cawan adunan bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 3 minit.
8) Lapiskan 1 cawan adunan bahan B dan kukus lagi selama 3 minit.
9) Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
10) Sejukkan dan potong.

KUIH LAPIS COKLAT JAGUNG


KUIH LAPIS COKLAT JAGUNG


Bahanbahan:


1) 2 cawan tepung gandum
2) 2 sudu makan tepung beras
3) 2 sudu makan tepung kastad
4) 3/4 cawan gula
5) 4 cawan santan
6) 1 sudu teh garam
7) ½ cawan isi jagung (kisar bersama ½ cawan air)
8) 1 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengn ½ cawan air suam)

Cara:
1) Panaskan kukusan.
2) Kisar semua tepung, gula dan santan. Tapis.
3) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4) Masukkan jagung dalam bahagian 1 dan gaul rata.
5) Masukkan coklat dalam bahagian 1 dan gaul rata.
6) Sapu rata loyang dengan minyak masak.
7) Masuk 1 senduk adunan koko dan kukus selama 3 minit.
8) Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 3 minit.
9) Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
10) Sejukkan dan potong.

KUIH LAPIS BATIK


KUIH LAPIS BATIK



Bahan-bahan:-

1) 500 gram tepung ubi
2) 150 gram tepung gandum
3) 400 gram gula pasir
4) 8 cawan santan
5) 1 sudu teh garam
6) Pewarna hijau, kuning dan lainlain..


Cara :

1) Panaskan kukusan.
2) Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalammangkuk. Gaul rata dan tapis.
3) Sapu rata loyang dengan minyak.Tuang 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan
pewarnapewarna
pilihan mengikut kesukaan. Kukus selama 3 minit.
4) Ulangi langkah 3 sehingga habis. Bila selesai kukus hingga masak.
5) Biarkan sejuk baru dipotong.

KUIH LAPIS


KUIH LAPIS


Bahan-bahan:-

1) 1 ¾ cawan tepung gandum
2) ½ cawan tepung ubi
3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
4) 1 cawan gula pasir
5) Garam secukup rasa.
6) Pewarna merah


Cara :

1) Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama.
2) Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
3) Masukkan tepung yang telah diayak kedalam santan tadi. Kacau rata supaya tidak
bergentel. Masukkan garam.
4) Adunan tepung di bahagikan dua; satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi di
warnakan merah.
5) Panaskan air kukusan sehingga biar mendidih. Letakkan talam di dalam periuk kukus.
6) Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit (atau separa
masak)
7) Ulangi langkah 6 dengan menggunakan adunan merah.
8) Ulangi langkah 6 dan tujuh sehingga adunan habis.
9) Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong .

KUIH JAGUNG


KUIH JAGUNG

Bahan-bahan:

1) 1 tin jagung manis
2) 1 tin susu cair
3) ½ tin tepung kastard
4) 1 tin air
5) ½ tin gula


Cara :

1) Campur semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga
pekat.
2) Tuangkan adunan yang sudah pekat ke dalam loyang atau sebarang bekas yang sesuai
dan sejukkan. (masukkan ke dalam peti ais jika suka sejuk)
3) Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

KUIH GULUNG (KETAYAP)



KUIH GULUNG (KETAYAP)

Bahan-bahan :

Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) ¼ cawan gula kabung
3) ½ cawan gula pasir
4) 1 helai daun pandan
5) ¼ cawan air
Untuk kulit :
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan jus pandan
3) ½ cawan susu segar
4) 1 biji telur
5) ½ sudu teh garam


Cara :

Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahanbahan
inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kulit :
1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapisk.
2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
3) Tuangkan sesenduk adunan dan lengganglenggangkan
kuali tadi supaya adunan rata dan
nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengahtengahnya.
Lipat bahagian kiri dan kanan.
Gulung kemaskemas.
Buat hingga habis.

KUIH BOM

KUIH BOM





Bahan-bahan:-

Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) ¼ cawan gula kabung
3) ½ cawan gula pasir
4) 1 helai daun pandan
5) ¼ cawan air

Untuk kuih :
1) 240 gram tepung pulut
2) ½ sudu teh garam
3) 1 sudu makan tepung gandum
4) 1 sudu teh air kapur
5) 200 ml air
6) 50 gram biji bijan
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara :

Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahanbahan
inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Masukkan tepung pulut, tepung gandum, air kapur dan garam ke dalam mangkuk. Gaul
rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh yang lembut. Tambah air
lagi jika tidak mencukupi.
2) Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan isikan inti di tengahtengahnya.
Pastikan tidak
bocor. Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga doh habis.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana besar.
4) Goreng kuih bom hingga keemasan. Angkat dan tos.

KOCI LABU


KOCI LABU

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
1) 1 biji kelapa parut
2) ½ cawan gula kabung
3) 1 cawan gula pasir
4) 2 helai daun pandan
5) ½ cawan air

Untuk kuih :
1) 1 biji labu (rebus dan lecek)
2) ½ sudu teh garam
3) Tepung pulut secukupnya
4) Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
5) 1 cawan minyak masak


Cara :

Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahanbahan
inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk. Masukkan tepung pulut sedikit
demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan
adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulatbulatkan
dan celup ke dalam minyak.
3) Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
4) Panaskan kukusan. Masukkan bungkusanbungkusan
tadi ke dalam kukusan. Kukus
selama 2030minit
(sehingga masak).

KOCI


KOCI

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
1) 1 biji kelapa parut
2) ½ cawan gula kabung
3) 1 cawan gula pasir
4) 2 helai daun pandan
5) ½ cawan air

Untuk kuih :
1) 1 bungkus tepung pulut
2) 2 mangkuk santan ( ½ mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
3) ½ sudu teh garam
4) Daun pisang yang telah dilayur secukupnya

Cara :

Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahanbahan
inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu
doh yang lembut dan boleh dibentuk.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan
adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulatbulatkan
dan celup ke dalam santan
masak.
3) Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
4) Panaskan kukusan. Masukkan bungkusanbungkusan
tadi ke dalam kukusan. Kukus
selama 2030minit
(sehingga masak).

KERIA


KUIH KERIA

Bahan-bahan:-

1) 600 gramm keledek (rebus dan lecek)
2) Setengah cawan air
3) 5 sudu makan gula pasir
4) Tepung gandum secukupnya
5) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara :

1) Masukkan keledek ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikitsedikit
hingga boleh diuli.
Jangan terlalu lembut atau terlalu keras.
2) Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan serta lubangkan di tengahtengahnya.
Buat
hingga habis.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng adunan tadi sehingga kemasan.
5) Dalamkualiyang lain, masak gula bersama air hingga likat. Masukkan kuih yang telah
digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk
putih, padamkan api.

KASWI


KASWI


Bahan-bahan:-

1) 250 ml air
2) 60 gram gula pasir
3) 2 helai daun pandan, disimpul
4) 180 gram gula melaka (hancurkan)
5) 120 gram tepung sagu
6) 150 gram tepung beras basah
7) 1 sudu teh air kapur
8) ½ biji kelapa muda parut
9) ½ sudu teh garam


Cara :

1) Didih gula melaka bersama gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk hingga gula
larut manjadi sirap gula.
2) Masukkan tepung beras, tepung sagu dan air kapur di dalam mangkuk. Tapis sirap gula
ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati dan tidak berketulketul.
Tuang adunn
ke dalam loyang.
3) Panaskan kukusan. Masukkanloyang kedalam kukusan. Kukus selama 2030minit
(sehingga masak). Setelah masak sejukkan dan potong.
4) Sementara itu gaul kelapa bersama garam.
5) Taburkan kelapa pada kuih yang telah dipotong.

KUIH KACANG (KASTURI)


KUIH KACANG (KASTURI)

Bahan-Bahan:-

Untuk inti:
1) 1 cawan kacang hijau (rendam selama 45
jam)
2) Air secukupnya untuk merebuskan
3) ½ cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
4) 3 sudu makan kelapa parut muda (putih sajaha)
5) 3 sudu makan tepung gandum

Untuk kulit /salut :
1) 1 cawan tepung beras
2) 1 sudu makan tepung jagung
3) 1 sudu teh kunyit serbuk
4) ½ sudu teh kapur sirih
5) Air secukupnya
6) ½ sudu teh garam
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara :

Untuk inti:
1) Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya.
(Jangan sampai hangus)
2) Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
3) Ambil sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.

Untuk kulit /salut :
1) Panaskan minyak di dalam kuali.
2) Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Bancuh sebati.
3) Celup adunan kacang ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kuning keemasan.
Angkat dan tos.
Sedia untuk dihidangkan.

KARIPAP MUDAH


KARIPAP MUDAH


Bahan-bahan:-

Untuk inti :
1) 3 sudu makan minyak masak
2) 1 batang kulit kayu manis
3) ½ sudu teh makan jintan manis
4) ½ inci halia
5) 1 biji bawang besar
6) 2 ulas bawang putih
7) 2 sudu makan rempah kari
8) 1 sudu teh serbukcili (jika mahu pedas)
9) 2 sudu makan gula
10) 1 sudu teh garam
11) ½ kg ubi kentang/ keledek(potong dadu)
12) 100 gram daging lembu/ayam
13) 2 cawan air

Untuk kulit :
1) 500 gram tepung gandum
2) 1 cawan minyak masak (panaskan)
3) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara :

Untuk inti :
1) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis dan jintan manis hingga naik bau.
2) Masukkan masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Kacau rata.
3) Masukkan serbuk kari dan cili. Kacau rata hingga terbit minyak.
4) Masukkan gula, garam dan daging. Kacau rata hingga daging separa masak.
5) Masukkan ubi kentang/keledek dn air. Kacau seketika dan tutup periuk dengan api yang
kecil. Biarkan seketika hingga ubi empuk.
6) Tutup api setelah masak dan ketepikan.

Untuk Kulit :
1) Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Curah minyak panas ke dalam tepung. Gaul rata
membentuk doh. (tambah tepung atau minyak jika doh terlalu lembut atau keras)
2) Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu
makan inti, tutup dan kelim kemaskemas
/ gunakan acu karipap untuk menutupnya dan
elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
4) Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

KARIPAP


KARIPAP


Bahan-bahan:-

Bahan Inti :

1) 1 kg kentang/keledek (dipotong
dadu)
2) 600 gram bawang besar
(dipotong dadu)
3) 800 gram daging lembu/ayam
(dipotong dadu)
4) 1 biji bawang besar
5) 3 ulas bawang merah
6) 4 ulas bawang putih
7) 1 inci halia
8) 1 sudu makan jintan manis
9) 1 bungkus serbuk kari
10) ¾ cawan minyak masak
11) 1 batang kulit kayu manis
12) 3 sudu makan besar gula
13) 1 sudu makan garam
14) ½ sudu teh serbukperisa (jika
mahu)
15) 700 ml air


Bahan doh :

1) 1 kg tepung gandum (ayak)
2) 1 sudu makan garam
3) ¾ buku lepa susu
4) 2 biji telur
5) 1 cawan ais
6) 500 ml air
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk
menggoreng)


Cara :


Untuk Inti :

1) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk
dan goreng hingga garing. Masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga
bergumpal.
2) Masukkan daging/ayam dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa, air dan
kentang/keledek. Biarkan mendidih hingga agak kering. Masukkan bawang dadu dan
kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Untuk Kulit :

1) Masukkan tepung ke dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais.
2) Sementara itu gaul tepung dan telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu atas api
kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul dengan hujung jari hingga
menjadi serbuk roti. Masukkan air ais bergaram sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi
doh. Rehatkan ½ jam.
3) Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu
makan inti, tutup dan kelim kemaskemas
/ gunakan acu karipap untuk menutupnya dan
elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
5) Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

JONGKONG KELAPA MUDA

JONGKONG KELAPA MUDA





Bahan-bahan:-

1) 100 gram tepung beras
2) 50 gram tepung sagu
3) ¼ sudu teh garam
4) 600 ml air
5) 50 ml air daun pandan
6) 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
7) 250 gram gula melaka (hancurkan)
8) 2 biji isi kelapa muda
9) 500 ml santan dari 1 biji kelapa
10) Daun pisang secukupnya untuk membungkus


Cara :

1. Masukkan tepung beras, tepung sagu dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan
bancuh dengan sebahagian air. Ketepikan.
2. Didihkan air selebihnya, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil
dikacau. Masukkan air daun pandan dan kacau adunan sehingga pekat dan
masak. Angkat dari api.
3. Letak sepotong daun pandan di atas 2 lehai daun pisang yang ditindih. Tambah 1
sudu besar gula melaka, 2 sudu besar adunan tepung, 3 sudu besar isi kelapa muda
dan 4 sudu besar santan. Bungkus dan semat. Buat hingga habis.
4. Sementara itu panaskan pengukus.
5. Kukus selama 1 jam sehingga masak.

JONGKONG

JONGKONG





Bahan-bahan:-

1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh garam
3) 6 cawan santan
4) Gula secukupnya
1) 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
5) Daun pisang secukupnya (buat bakul)


Cara :

1) Gaul sebati santan dan garam.
2) Didalam bekas lain, gaul sebati tepung beras bersama 4 cawan santan. Masak
dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga masak dan pejal. Tutup api.
3) Letak sepotong daun pandan di atas 2 helai daun pisang yang ditindih. Ambil 2
sudu makan tepung yang sudah masak dan letakdi atas daun pandan. Tambah gula
dan santan. Pastikan kanji tepung tadi tidak tertutup. Bungkus dan semat. Buat
hingga habis.
4) Sementara itu panaskan pengukus.
5) Kukus sampai santan masak lebih kurang 1 jam.

GETAS

GETAS





Bahan-bahan:-

1) 1 bungkus tepung pulut
2) 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
3) 1 sudu teh garam
4) Air suam secukupnya
5) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)
6) Gula halus


Cara:-

1) Gaul rata tepung pulut, kelapa parut dan garam.
2) Tambah air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
3) Ambil sedikit doh, bentukkan bujur dan leper.
4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
5) Goreng doh sehingga kuningkekuningan.
Angkat dan gaulkan dengan gula
serbuk.

DONAT

DONAT




Bahan-bahan:-

1) 500 gram tepung gandum
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)
11) Gula halus / coklat cair dan coklat urai (pilihan bahan untuk salut)


Cara-cara :-

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul
rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh
hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab dn biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuktumbuk
doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang
dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Salut donat yang telah digoreng dengan gula halus atau sapu coklat pada bahagian
atas donat dan tabur dengan coklat urai.

CUCUR UDANG

CUCUR UDANG




Bahan-bahan:-

Untuk sos :
1) 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
2) 2 ulas bawang putih (ketuk)
3) 1 cm halia
4) 1 sudu teh garam
5) 2 sudu makan gula
6) 2 sudu makan gula merah
7) ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar separa halus)

Untuk cucur :
1) 1kg tepung gandum
2) 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)
3) 2 pokok daun bawang (potong kecilkecil)
4) 500 gram taugeh
5) 1 sudu teh baking powder
6) 1 sudu teh garam
7) ½ sudu teh serbuk kunyit
8) Air secukupnya
9) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :-

Untuk sos cucur udang :
1) Satukan semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Reneh dan kacau
sehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika.
2) Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.
Untuk cucur :
1) Campurkan kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk.
Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Kaup adunan dengan senduk separa bulat, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas
adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga
keemasan. Angkat dan tos.
4) Hidang bersama sos cucur udang.

CUCUR PISANG

CUCUR PISANG



Bahan-bahan:-

1) 1 sikat pisang emas (lecek)
2) 300 gram tepung gandum
3) 1 biji telur ayam
4) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara -cara:

1) Gaul sebati pisang yang telah dilenyekkan bersama tepung dan telur. Pastikan
adunan tidak terlalu pekat.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna
kuning kecoklatan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.

CUCUR NESTUM

CUCUR NESTUM


Bahan-bahan:-

1) 3 cawan tepung gandum
2) ½ cawan nestum
3) ½ cawan ikan bilis (kisar halus)
4) 1 batang lobak merah parut
5) 1 labu bawang besar
6) 2 tangkai lada merah
7) 1 tangkai daun bawang
8) 1 biji telur
9) ½ sudu teh garam
10) Air secukupnya
11) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara:-

1) Masukkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Bancuh pekat
dengan air yang mencukupi.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna
keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
4) Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato.

CUCUR LEMAK MANIS

CUCUR LEMAK MANIS



Bahan-bahan:-

1) 4 Biji Ubi kayu (rebus dan lecek)
2) 1 biji kelapa parut
3) 4 sudu meja gula pasir
4) 2 sudu teh garam
5) ½ kilo tepung gandum
6) ½ sudu teh pewarna kuning
7) Air secukupnya
8) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :

1) Gaul rata ubi rebus bersama kelapa parut,gula dan garam . Ambil sedikit dan
bulatkbulatkan
sebesar bola pingpong
sehingga habis.
2) Dalam bekas lain, bancuh pekat tepung gandum bersama air dan pewarna.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Celup bebola ubi ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga keemasan.
Angkat dan tos.

CUCUR KARYA PEDAS

CUCUR KARYA PEDAS


Bahan-bahan:-

1) 600 gram keledek (rebus dan lecek)
2) 150 gram tepung gandum
3) 100 gram ikan bilis
4) 5 tangkai lada merah
5) 3 ulas bawang merah
6) ½ sudu teh garam
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :

1) Gaul rata keledek bersama bahan yang telah ditumbuk lumat.
2) Masukkan tepung gandum. Gaul rata menjadi doh.
3) Ambil sedikit doh, leperkan dan buat lubang di tengahtengahnya
satu persatu
sehingga habis.
4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
5) Goreng doh yang telah dibentuk tadi sehingga keemasan. Angkat dan tos.

CUCUR JAGUNG BERSAMA UDANG

CUCUR JAGUNG BERSAMA UDANG



Bahan-bahan:-

1) 150 gram isi jagung
2) 1 labu bawang besar (cincang)
3) 3 biji cili merah (cincang)
4) 100 gram udang hidup
5) 1 biji telur
6) 2 cawan tepung gandum
7) Sedikit daun kucai
8) Air suam (bergntung pada kualiti tepung)
9) Garam secukup rasa
10) ½ sudu teh kunyit serbuk
11) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara -cara:

1) Kesemua bahan kecuali minyak masak dan cili sos digaul rata.
2) Panaskan minyak masak di dalaam kuali.
3) Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna
keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
4) Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato.

CUCUR IKAN BILIS

CUCUR IKAN BILIS




Bahan-bahan:-

1) ½ kg tepung gandum
2) 3 4
biji cili merah
3) Ikan bilis secukupnya
4) 1 2
biji bawang besar (dimayang)
5) 1 sudu teh garam
6) Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :-

1) Masukkan tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dalam mangkuk dan dibancuh
dengan air panas. Bancuhan pekat tidak cair. Biarkan sejuk.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kuali satu per satu hingga
habis. Goreng sehingga kekuningkuningan
dengan api sederhana.
4) Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.

CUCUR DURIAN

CUCUR DURIAN



Bahan-bahan:-

1) ½ kg tepung gandum
2) 3 ulas durian
3) 1 ½ cawan air suam
4) 4 sudu gula
5) ½ sudu teh garam
6) 2 sudu makan kelapa parut
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :-

1) Kacau isi durian bersama air suam.
2) Masukkan garam dan gula.
3) Setelah hancur, masukkan tepung gandum dan kelapa parut sedikit demi sedikit.
Kacau dengan lembut supaya cucur tidak menjadi keras.
4) Panaskan minyak di dalam kuali.
5) Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna
keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.

CUCUR BERPERISA

CUCUR BERPERISA


Bahan-bahan:-

1) 600 gram udang (buang kulit dan cincang)
2) 2 biji bawang merah
3) 1 batang lobak merah
4) 2 tangkai lada merah
5) 4 tangkai daun bawang
6) 8 keping sengkuang cina
7) 120 gram udang kering
8) 300 gram tepung gandum
9) 2 sudu teh serbuk penaik
10) 3 sudu teh serbuk kari
11) 1 sudu makan gula
12) 1 ½ sudu teh garam
13) 3 biji telur
14) 200 ml susu cair
15) 100mlair
16) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :-

1) Masukkan bahan kesemua bahan kecuali telur, susu, air dan minyak ke dalam
mangkuk. Gaul sebati.
2) Masukkan telur, susu dan air. Gaul sebati dan ketepikan selama ½ jam.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kuali satu per satu hingga
habis. Goreng sehingga kekuningkuningan
dengan api sederhana.
5) Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.

CUCUR BADAK

CUCUR BADAK



Bahan-bahan:-

Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
3) 1 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 7 tangkai lada merah
6) 1 cm halia
7) 1 batang serai
8) 1 sudu teh serbuk kunyit
9) 2 sudu makan gula
10) ½ sudu teh garam
11) 2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
1) 250gram keledek (rebus dan lenyek)
2) 3 ½ sudu makan tepung gandum
3) ½ sudu teh garam
4) ½ 1kg
minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara :-

Untuk inti:

1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga
menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah
tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengahtengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

CEK MEK MOLEK

CEK MEK MOLEK





Bahan-bahan:-

1) 600 gram keledek (direbus dan dilecek)
2) 2 cawan tepung gandum
3) Gula (untuk inti)
4) Garam secukup rasa
5) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
1) Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang
lembut.
2) Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan
gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
3) Panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng hingga kekuningkuningan
dan angkat.

CAKOI

CAKOI




Bahan-bahan:-
1) 1 kg tepung naik sendiri
2) 11 gram yis segera
3) 2 cawan air (bergantung kepada kualiti tepung)
4) ½ cawan gula (jadikan air gula)
5) ½ cawan minyak masak
6) ½ sudu teh soda bikarbonat
7) 1 sudu makan serbukbawang puti (jika suka untukperisa tambahan)
8) Garam secukup rasa
9) ½ - 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
10) Seri kaya dan mentega untuk inti


Cara-cara :-
1) Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan bahan inti, uli membentuk
doh. Tambah air jika perlu. Biarkan doh selama 2030
minit di dalam bekas yang
dibalut dengan kain lembab.
2) Panaskan minyak di dalam kuali.
3) Potong doh memanjang dalam ukuran 1”X 4” hingga habis. Cantumkan 2
potongan bersama bebentuk 2” X 4” dengan tekanan menggunakan kayu stik
(chopstick) yang telah disapu minyak.
4) Goreng doh tadi sehingga keemasan dan angkat.
5) Belah separa antara cantuman tadi dengan pisau. Sapu mentega dan isikan seri
kaya dalam belahan tersebut.

CONTOH-CONTOH:-

Cakoi berinti hotdog


burger malaysia

BURGER MALAYSIA



Bahan-bahan:-

Untuk sambal :
1) 2 sudu makan minyak masak
2) 1 labu bawang besar
3) 2 ulas bawang putih
4) Sedikit belacan (bakar)
5) 10 tangkai lada kering (rebus dan
kisar halus)
6) ½ cawan ikan bilis
7) 2 sudu makan gula merah
8) ½ cawan jus asam jawa
9) 1 sudu makan gula pasir
10) 1 sudu teh garam

Untuk doh:
1) 250g tepung gandum
2) 120ml susu/ air
3) 2 sudu besar margerin
4) 2 ½ sudu besar gula halus
5) ½ sudu teh garam
6) 2 sudu teh yis
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk
menggoreng )
8) ½ biji timun ( dipotong nipis)

Cara-cara :

Untuk sambal:
1) Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuningkuningan.
2) Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan
menggelegak.
3) Masukkan gula merah, gula pasr dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak
seketika.
4) Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:
1) Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6. Uli doh sehingga tak melekat.
Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2) Tumbuktumbuk
doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat
dan tos.
5) Belah 2 doh yang (jangan sampai terputus). Isikan dengan sambal bilis dan juga
timun.

BUAH MELAKA

BUAH MELAKA



Bahan-bahan:-

1) 1 bungkus tepung pulut
2) 1 cawan tepung gandum
3) 1 sudu garam
4) ½ sudu teh pewarna hijau
5) 2 helai daun pandan
6) Air secukupnya
7) 23
keping gula melaka (dipotong dadu)
8) 1 biji kelapa parut (putih sahaja)


Cara-cara :-

1) Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi
doh.
2) Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengahtengahnya.
3) Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
4) Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Bebola timbul apabila
masak. Angkat dan salutkan dengan kelapa parut.