BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

KARIPAP MUDAH


KARIPAP MUDAH


Bahan-bahan:-

Untuk inti :
1) 3 sudu makan minyak masak
2) 1 batang kulit kayu manis
3) ½ sudu teh makan jintan manis
4) ½ inci halia
5) 1 biji bawang besar
6) 2 ulas bawang putih
7) 2 sudu makan rempah kari
8) 1 sudu teh serbukcili (jika mahu pedas)
9) 2 sudu makan gula
10) 1 sudu teh garam
11) ½ kg ubi kentang/ keledek(potong dadu)
12) 100 gram daging lembu/ayam
13) 2 cawan air

Untuk kulit :
1) 500 gram tepung gandum
2) 1 cawan minyak masak (panaskan)
3) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara :

Untuk inti :
1) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis dan jintan manis hingga naik bau.
2) Masukkan masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Kacau rata.
3) Masukkan serbuk kari dan cili. Kacau rata hingga terbit minyak.
4) Masukkan gula, garam dan daging. Kacau rata hingga daging separa masak.
5) Masukkan ubi kentang/keledek dn air. Kacau seketika dan tutup periuk dengan api yang
kecil. Biarkan seketika hingga ubi empuk.
6) Tutup api setelah masak dan ketepikan.

Untuk Kulit :
1) Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Curah minyak panas ke dalam tepung. Gaul rata
membentuk doh. (tambah tepung atau minyak jika doh terlalu lembut atau keras)
2) Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu
makan inti, tutup dan kelim kemaskemas
/ gunakan acu karipap untuk menutupnya dan
elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
4) Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment