BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

burger malaysia

BURGER MALAYSIA



Bahan-bahan:-

Untuk sambal :
1) 2 sudu makan minyak masak
2) 1 labu bawang besar
3) 2 ulas bawang putih
4) Sedikit belacan (bakar)
5) 10 tangkai lada kering (rebus dan
kisar halus)
6) ½ cawan ikan bilis
7) 2 sudu makan gula merah
8) ½ cawan jus asam jawa
9) 1 sudu makan gula pasir
10) 1 sudu teh garam

Untuk doh:
1) 250g tepung gandum
2) 120ml susu/ air
3) 2 sudu besar margerin
4) 2 ½ sudu besar gula halus
5) ½ sudu teh garam
6) 2 sudu teh yis
7) ½ 1
kg minyak masak (untuk
menggoreng )
8) ½ biji timun ( dipotong nipis)

Cara-cara :

Untuk sambal:
1) Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuningkuningan.
2) Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan
menggelegak.
3) Masukkan gula merah, gula pasr dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak
seketika.
4) Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:
1) Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6. Uli doh sehingga tak melekat.
Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2) Tumbuktumbuk
doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat
dan tos.
5) Belah 2 doh yang (jangan sampai terputus). Isikan dengan sambal bilis dan juga
timun.

No comments:

Post a Comment