BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

APAM BALIK

APAM BALIK SEDAP


*Bahan-bahn untuk kulit:-

1) 2 cawan tepung gandum
2) ½ cawan gula
3) ½ sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 ½ cawan air
7) ½ sudu teh serbuk penaik


*Bahan-bahan taburan

1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) ½ cawan coklat urai
5) ½ cawan gula pasir


*Cara-cara pembuatan :-

1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan pi
kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan
separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6.
Sedia untuk dihidangkan.

5 comments:

  1. Baru nk try bt. Mcm senang je. Kalau bt mesti menjadi. Ptg ni ni bt lh. Best. 👍👍👍👍☹☹☹

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah saya dah cuba. Anak2 dan suami kata sedap. Dalam masa 30 minit, dah siap. Saya taburkan chocolate rice dan peanut butter kerana tidak ada kacang dan jagung manis.

    ReplyDelete
  3. Tq kasih perkongsian cara buat apam balik.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi untuk membuat kueh APAM BALIK,

    ReplyDelete