BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BINGKA KUKUS

BINGKA KUKUS


Bahan-bahan:-

1) 1 cawan air
2) ½ sudu teh garam
3) 2 cawan ubi kayu parut
4) ½ biji kelapa parut
5) ½ sudu teh pewarna merah

Bahan sira :

1) ½ cawan air
2) 1 keping gula melaka (hancurkan)
3) 1 helai daun pandan, disimpulkan


Cara -cara pembuatan:-

1) Panaskan pengukus. Sapu rata minyak pada loyang.
2) Gaul sehingga sebati ubi kayu, air & bahan pewarna. Masukkan adunan ke
dalamloyang.
3) Kukus selama ½ jam atau hingga masak. Biarkan sejuk. Potong kepada bentukbentuk
yang disukai.
4) Gaul garam bersama kelapa parut. Salut kepingankepingan
bingka dengan
kelapa.
5) Satukan gula melaka, air & daun pandan dalam periuk lain dan masak hingga
larut. Besarkan api dan didihkan hingga menjadi sira yang pekat.
6) Hidang bingka bersama air sira.

1 comment:

  1. Saya nak cuba la resepi ni,tp ni sesuai dg nama BINGKA UBI KUKUS sbab ada guna ubi parut.He he he sorry i komen.

    ReplyDelete