BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

PIZZA MINI



PIZZA MINI


Bahan-bahan:-

Untuk inti (topping) :
1) 250 gram daging kisar
2) 2 biji tomato
3) 1 labu bawang besar
4) 1 biji lada benggala kecil
5) 2 ulas bawang putih (cincang)
6) 3 keping nanas (potong dadu)
7) 1 cawan cendawan butang (potong 4)
8) 100 gram keju mozzarella parut
9) 1 sudu makan minyak
10) 3 sudu makan cili sos
11) 1 cawan tomato puri
12) 1 sudu teh serbuk daun aregano
13) 1 sudu teh garam

Untuk doh :

1) 500 tepung gandum
2) 11 gram yis segera
3) 1 sudu teh gula
4) 1 sudu teh garam
5) 1 sudu makan majerin
6) 1 cawan air suam
7) ½ cawan minyak

Cara :

Untuk inti (topping) :
1) Tumis bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan separuh tomato puri, cili sos, garam, oregano dan daging, kacau rata hingga
daging masak.
3) Masak hingga pekat dan ketepikan.
Untuk doh :
1) Gaul rata semua bahan untuk doh sehingga lembut. Tutup dengan kain lembap dan
barkan naik 2 x ganda.
2) Tumbuktumbuk
doh untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada beberapa ketulan.
3) Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki. Biarkan selama 15
minit. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180°c
4) Bakar doh dalam ketuhar selama 10 minit.
5) Keluarkan dan ratakan tomato puri dikuti inti. Atur tomato, cili benggala, cendawan,
nanas dan tabur ke atasnya keju parut.
6) Bakar seketika hingga hingga keju cair sepenuhnya..

2 comments:

  1. ermmm....cm sedp jer..nk try la...

    ReplyDelete
  2. mesti sdap ni...try dulu bru tau!

    ReplyDelete