BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

BLOG-BLOG KUIH MALAYSIA

POPIA GORENG



POPIA GORENG


Bahan-bahan:-
1) Kulit popia saiz besar
2) 1 biji telur (pukul)
3) ½ batang lobak merah
4) 1 keping tahu (goreng dan cincang)
5) ½ biji sengkuang
6) 2 sudu udang kering (tumbuk)
7) 1 cawan kobis (sagat)
8) 1 labu bawang besar (cincang)
9) 3 ulas bawang putih (cincang)
10) 1 biji cili merah (cincang)
11) 1 sudu teh garam
12) ½ 1kg
minyak masak (untuk menggoreng)

Untuk sos :
1) 3 biji cili merah
2) 1 sudu makan cili mesin/giling
3) 1 ulas bawang putih
4) 1 cm halia
5) 1 sudu makan cuka
6) 3 sudu makan gula
7) 1 sudu teh garam
8) 1 sudu teh tepung jagung
9) ½ cawan air

Cara :
1) Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2) Masukkan udang kering, lobak merah, tahu, sengkuang, cilimerah, garam dan sayur
kobis. Masak sehingga layu .
3) Angkat dan ketepikan.
4) Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak dan lipat serta
gulungkan. Buat sehingga habis.
5) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing. Angkat dan tos.

Untuk sos :
1) Mesin semua bahan dan didihkan sebentar.
2) Hidang bersama popia goreng.

3 comments:

  1. telur tu plak digunakn utk ape???

    ReplyDelete
  2. utk lekatkan kulit popia kut supaya tak terbuka..

    ReplyDelete